Total Pageviews

Wednesday, 2 May 2012

MELAKA: Bak kata seorang teman cyclist 'This is a living Postcard'- Sangat cantik pemandangannya, Bagi yang pertama kali sampai kat sini pastinya teruja, Aku pernah sampai tempat ni suatu ketika dahulu dengan kereta, Dan bila ada kawan mengajak aku berkayuh tanpa membuang masa aku terus offer untuk berkayuh disini, luas juga kawasan sawah ni, kebetulan ketika ini pokok-pokok padi masih kecil dan ibarat hamparan karpet hijau, Banyak sudut2 menarik yang dapat dirakamkan dengan kamera, Sekalipun ada mata2 liar memerhatikan gelagat kami,kami tetap tidak ambil peduli,Dalam hati tu harus ada yang menyimpan keinginan untuk turut serta, cuma mungkin mereka juga berkeinginan. Perasaan aku memang tidak dinafikan amatlah mendamaikan, berpeluang melihat keindahan kampung dan aktiviti penduduk yang mundar mandir menggunakan motosikal,basikal, kereta. Tips nak berkayuh kat sini janganlah laju macam nak berlumba, santai jer dah best, dan jangan berat mulut untuk bertanya khabar dengan orang kampung, bila mulut ringan nak bertegur sapa mesti tidak timbul rasa pelik dikalangan mereka, mereka pun suka sebenarnya bila kita memuji kecantikkan kampung mereka, Konsep berkayuh disini santai sepanjang masa, sesuai dengan MTB atau Roadbike atau folding bike, ada jalan berturap dan ada yang berbatu, berkayuh ditepi parit yang besar atau berjalan sambil memikul basikal diatas benteng sawah padi satu pengalaman menarik, apa tidaknya! orang kampung pun pelik mana datangnya makhluk berbasikal ini, Tapi apa yang paling penting mereka tak kisah apa aktiviti kita asalkan jangan dirosakkan tanaman mereka sudahler. Cadangan untuk mereka yang berhajat nak berkayuh, sebaiknya bermula dari Dataran Sungai Rambai dan kemudian kayuh ke simpang 4 lampu isyarat lebuh AMJ, Pastinya jumpa papantanda homestay Parit Penghulu yang mana lokasi ini tidak jauh dengan homestay berkenaan. Sebelum pulang aku sempat mencadangkan dengan isteri untuk bergambar kenangan menjelang hari raya nanti disini. Insyallah.he he. Memang best tempat ni, Percayalah.

No comments:

Post a Comment