Total Pageviews
Wednesday, 2 May 2012
Pemandangan indah pohon getah ketika penulis melalui Jalan Muar-Segamat daripada Bukit Gambir menuju ke Kampung Teratai. Pemandangan yang unik dan redup mata memandang pasti membuatkan sesiapa sahaja ingin mencuba laluan ini terutama road cyclist, Di laluan ini terdapat dua buah bukit curam yang pastinya memberi cabaran menyeronokkan serta kemahiran ketika mendaki dan turun daripada bukit ini. Sekiranya daripada arah Muar anda hanya perlu mencari arah ke Bukit Gambir, setiba di Bukit Gambir cari arah ke Segamat. Disepanjang perjalanan anda akan dapat menyaksikan rumah kampung serta ladang kelapa sawit yang luas selain kebun-kebun penduduk sekitar, Juga ada sebuah kampung yang diberi Kampung Hang Tuah, menurut penduduk kampung disini, Pendekar Hang Tuah pernah sampai dikampung ini, sekalipun penulis tidak berkesempatan untuk meneroka apa kesan yang ditinggalkan Hang Tuah untuk menguatkan lagi kenyataan penduduk disini, Apapun penulis tinggalkan cerita kampung itu sebab ada sebuah lagi kampung yang diberi nama Kampung Gek Kia.. Gek Kia? apa maksudnya! Penulis diberitahu kampung itu diberi nama oleh masyarakat cina yang awal tiba di kampung ini. seterusnya sambung bila free yer. Jidan cer citer sket.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)

No comments:
Post a Comment