Total Pageviews

Monday, 14 May 2012

KG BALIK BUKIT, CHUPING: Sejak balik kampung ni aku rajin pulak kayuh area ni sebab dekat dengan rumah, area sini memang penuh dengan sawah padi maklumla memang pekerjaan utama penduduk di sini ialah menanam padi. Jika tempat lain orang panggil sawah tapi kat 'Perelih' ni diaorg panggil 'Padang' yang mempunyai maksud yang sama seperti sawah tetapi bukanlah padang bola atau ragbi. Sawah padi di sini semuanya diusahakan kebanyakan dengan teknologi moden sebab tu tak nampak batas-batas kecil di tengah sawah dan jalan raya bertar agak kecil, muat-muat kancil je, mungkin nak bagi luas kawasan tanam padi.
Paling suka kayuh di sini pada waktu pagi dan petang, sambil-sambil menyedut udara nyaman ada bau padi lagi, bau yang amat best - bagi orang yang tak pernah rasa tu elokla juga melawat sawah padi ni daripada tengok beras yang dalam kampit di pasaraya besar tu. Masa aku kecik dulu pernah buat sawahnya tapi scale kecik untuk makan famili je tetapi itu dalam 25 tahun dulu dan sekarang dah takde 'Paya' (dalam bahasa org Pahang) untuk tanam padi.
Sebab tu apabila ada kesempatan balik Perelih aku akan pergi berkayuh dekat sini untuk lihat padi dengan lebih dekat. Tapi aku tak pernah nampak geng-geng MTB lalu sini, mungkin bagi dioarg dan biasa sangat atau ada tempat yang lagi hebat dan menarik. Aku dengar Perlis ni memang banyak kawasan untuk MTB terutama sekitar ladang tebu Chuping yang terkenal seantero Malaysia tu selain kawasan berbukit Wang Kelian di sempadan Malaysia-Thailand..suatu hari mungkin akan ke sana.
MUAR: Aku dah lama gakla berkayuh, ada beskal MTB n road tapi aku tak penah ada hybrid, lepas tgk paper ari ni (14 Mei 2012) best pulak aku tgk pakcik tua tu kayuh hybrid bike dari Malaysia ke London untuk tgk Olimpik London summer ni. Rasa macam best je basikal dia bawak tu (mestila best sebab jalan sampai beribu-ribu kilometer)....So aku rase nak belila sebiji takpun convert je road bike tu jadi hybrid: Tapi ape-apepun kene study dulu
A hybrid bike is one that blends the best characteristics of both road and mountain bikes into a bike that is sturdy, comfortable and fast, and ideal for riding on streets and bike paths. Features of a hybrid that come from mountain bikes: * a more upright frame, offering a more comfortable riding position * a stouter frame that can handle more weight -- in rider and/or cargo -- as well as absorb the day-in, day-out punishment of potholes, etc., that you might encounter in a commute * slightly wider tires for better traction and stability Features that come from road bikes * lighter rims for faster riding * lighter components and taller gearing for going faster Wheels: The wheels on a hybrid bike are a true combination of what you find on road and mountain bikes. Wider, like a mountain bike for greater stability and durability, but then with a higher recommended air pressure that puts them in the same level as a road bike when it comes to inflation level. The higher air pressure allows them to go faster by reducing rolling resistance. Think about how a properly inflated basketball bounces compared to one that is even slightly flat. Same concept. The rims and spokes on hybrids are lighter too like a road bike, since the assumption is that you won't be doing the rougher off-road riding that mountain biking entails. Frame: Most hybrid bike frames are made of lightweight aluminum or steel (also called "cro-moly"), due to the strength and durability the materials offers and their (relatively) low price. Handlebars: The handlebars on a hybrid are typically flat like a mountain bike, and go straight out from the stem. With a wider grip, usually about shoulder width, these handlebars allow riders to sit upright and offer a better position for vision and control of the bike than the handlebars on a road bike. Riding position: Like a mountain bike, a hybrid's design allows riders sit upright in a position that gives them best control of the bike with well-placed center of gravity and in a posture that reduces strain on the rider's neck and back. Gears: Hybrids have a wide range of gearing to allow the rider to both climb hills and go fast on flats and downhills. Not usually equipped with gears in as low range as a mountain bike, the hybrid's gearing set-up is more similar to road bikes. Typically a hybrid bike will have either two or three chain rings in the front as part of the crank assembly, again along the lines of what you’d find on a road bike. In the back you'll find eight or nine gears in the cassette on the rear wheel, a combination that allows for anywhere from 16 to 27 possible gear combinations, which will account for virtually every need a hybrid rider will have in town or on the bike path. Pedals: Basic hybrids bikes come equipped with platform pedals. This is useful if you’re the type of rider who frequently puts your feet down. Other more advanced riders may prefer to use toe clips or even clipless pedals that allow the rider to secure his or her cleated shoes to the pedals, but people have different levels of comfort when it comes to being fully attached to the bike given the frequent stops you migth encounter riding in traffic. Accessories: for a hybrid bike include a cyclocomputer, frame pump, tool bag, water bottle and cage. This is about all you need to be self-sufficient when riding in town.

Sunday, 13 May 2012

CHUPING: Sekali lagi aku pergi ke tempat ni, cuma kali ini ada berteman dengan bapak sedara yang juga berminat nak kayuh basikal sebab dulu lutut dia kene operate masa kerja dan perlukan excise bagi menguatkan otot. Walaupun naik basikal anak dia yang saiz besar tapi dia cukup bersemangat, pertama kali dalam sejarah kata dia ikut laluan tu bermula dari rumah di Kampung Perik. Kami keluar sekitar jam 7 pagi menyusuri jalan bertar tepi sawah padi hingga ke jalan besar Arau, cuaca memang baik pagi tu walaupun dalam bulan 5 ni memang tersangat panas di sekitar Perlis (cuaca ikut Siam skit). Kami terus kayuh masuk ke Kampung Gial menghala ke kampung siam dan di sinilah nampak pemandangan cantik ni, memang puas hati la. Pemandangan kat sini memang lawa tambahan pula padi sedang membesar, semua tempat hijau je dan dari kejauhan (chewah) nampak bongkahan bukit-bukit batu kapur yang masih berkabus ala-ala cerita kungfu panda pulak, suatu hari nanti aku nak berkayuh sampai ke batu kapur tu la rasenye tak berapa jauh dah....

Saturday, 5 May 2012

Kayuh sendirian memang membosankan.
Mersing: Ini hasil gambar daripada dalam kenderaan, Topik aku bukan pasal gambar ni cantik atau tidak, Tapi mengenai berkayuh lebih baik jika berteman ramai-ramai, bukannya apa seronok bila kayuh dalam kumpulan seperti ini banyak yang dapat bercerita, kadang sampai 50km pun baru tersedar objektif tersasar, Seronok berkayuh bila berteman ni setidak-tidaknya kurang sedikit risiko kalau ada masalah teknikal. Pendek kata Berkayuh baik berteman.

Wednesday, 2 May 2012

MELAKA: Bak kata seorang teman cyclist 'This is a living Postcard'- Sangat cantik pemandangannya, Bagi yang pertama kali sampai kat sini pastinya teruja, Aku pernah sampai tempat ni suatu ketika dahulu dengan kereta, Dan bila ada kawan mengajak aku berkayuh tanpa membuang masa aku terus offer untuk berkayuh disini, luas juga kawasan sawah ni, kebetulan ketika ini pokok-pokok padi masih kecil dan ibarat hamparan karpet hijau, Banyak sudut2 menarik yang dapat dirakamkan dengan kamera, Sekalipun ada mata2 liar memerhatikan gelagat kami,kami tetap tidak ambil peduli,Dalam hati tu harus ada yang menyimpan keinginan untuk turut serta, cuma mungkin mereka juga berkeinginan. Perasaan aku memang tidak dinafikan amatlah mendamaikan, berpeluang melihat keindahan kampung dan aktiviti penduduk yang mundar mandir menggunakan motosikal,basikal, kereta. Tips nak berkayuh kat sini janganlah laju macam nak berlumba, santai jer dah best, dan jangan berat mulut untuk bertanya khabar dengan orang kampung, bila mulut ringan nak bertegur sapa mesti tidak timbul rasa pelik dikalangan mereka, mereka pun suka sebenarnya bila kita memuji kecantikkan kampung mereka, Konsep berkayuh disini santai sepanjang masa, sesuai dengan MTB atau Roadbike atau folding bike, ada jalan berturap dan ada yang berbatu, berkayuh ditepi parit yang besar atau berjalan sambil memikul basikal diatas benteng sawah padi satu pengalaman menarik, apa tidaknya! orang kampung pun pelik mana datangnya makhluk berbasikal ini, Tapi apa yang paling penting mereka tak kisah apa aktiviti kita asalkan jangan dirosakkan tanaman mereka sudahler. Cadangan untuk mereka yang berhajat nak berkayuh, sebaiknya bermula dari Dataran Sungai Rambai dan kemudian kayuh ke simpang 4 lampu isyarat lebuh AMJ, Pastinya jumpa papantanda homestay Parit Penghulu yang mana lokasi ini tidak jauh dengan homestay berkenaan. Sebelum pulang aku sempat mencadangkan dengan isteri untuk bergambar kenangan menjelang hari raya nanti disini. Insyallah.he he. Memang best tempat ni, Percayalah.
Pemandangan indah pohon getah ketika penulis melalui Jalan Muar-Segamat daripada Bukit Gambir menuju ke Kampung Teratai. Pemandangan yang unik dan redup mata memandang pasti membuatkan sesiapa sahaja ingin mencuba laluan ini terutama road cyclist, Di laluan ini terdapat dua buah bukit curam yang pastinya memberi cabaran menyeronokkan serta kemahiran ketika mendaki dan turun daripada bukit ini. Sekiranya daripada arah Muar anda hanya perlu mencari arah ke Bukit Gambir, setiba di Bukit Gambir cari arah ke Segamat. Disepanjang perjalanan anda akan dapat menyaksikan rumah kampung serta ladang kelapa sawit yang luas selain kebun-kebun penduduk sekitar, Juga ada sebuah kampung yang diberi Kampung Hang Tuah, menurut penduduk kampung disini, Pendekar Hang Tuah pernah sampai dikampung ini, sekalipun penulis tidak berkesempatan untuk meneroka apa kesan yang ditinggalkan Hang Tuah untuk menguatkan lagi kenyataan penduduk disini, Apapun penulis tinggalkan cerita kampung itu sebab ada sebuah lagi kampung yang diberi nama Kampung Gek Kia.. Gek Kia? apa maksudnya! Penulis diberitahu kampung itu diberi nama oleh masyarakat cina yang awal tiba di kampung ini. seterusnya sambung bila free yer. Jidan cer citer sket.