| Berbasikal dan melihat keindahan alam |
SALAM utk semua Cyclist...harapan kami semoga adanya blog ini dapatlah sama-sama kita memeriahkan lagi aktiviti berbasikal ini yang sememangnya semakin popular di seluruh negara. Bermula di Tambak Johor di selatan tanah air atau mungkin juga di penghujung Benua Asia sekitar Tanjung Piai hinggalah ke sempadan di utara Kedah, Perlis mahupun di Sungai Golok Kelantan tidak putus memperkatakan mengenai roda dua ini. Bukan saja Mountain Bike, Road Bike, Touring, Folding, Fixie, Track Bike hinggalah High end Groupset spt Dura Ace Di2, Campagnolo Super Record, Sram Red atau XTR, Sram XX dan pelbagai lagi jenama membawa bersama kualiti material sekeras steel, seringan carbon dan alloy atau secantik buatan titanium. Ditambah pelbagai kejohanan sama ada di velodrome, jalan raya seluruh negara, litar Offroad yang mencabar atau sekadar Fun Ride di sekitar bandar atau perumahan, jelas kenderaan tanpa enjin yang 'semua orang boleh bawa' kini mencapai tahap kemuncaknya di hati masyarakat tak kira atlit, peminat, pakcik, makcik bidan yang bawak basikal keliling kampung serta budak fixie yang meriah warnanya. Tidak kurang juga paparan di media massa, majalah basikal yang muncul secara tiba-tiba hinggalah blog yang menggunakan wadah di internet mungkin sekadar berkongsi cerita, pengalaman, menjual barangan malah ada yang meleret-leret bercerita dan bergambar sejauh pengalaman mereka berkayuh (kononnya ha ha ha). Apapun kami sekadar berkongsi pengalaman dari perspektif berbeza, Ingin memupuk rasa cinta kepada alam sekitar yang tidak tercela, dalam laman seluas alam maya, membawa bersama paparan yang mungkin tidak pernah terjangkau di lensa kamera, semoga kita sama-sama mendapat manfaat daripadanya. - Terima Kasih cyclist atas sokongan anda.
Bagus! Good! +1! A+! Like!
ReplyDelete